Tentang Kami

Yayasan Arisma (badan induk kepada Akademi Remaja Islam Autisme) berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri (PPAB 29/2014). Sebagai badan yang bukan berdasarkan keuntungan (NGO), ARISMA fokus dalam membantu golongan remaja OKU masalah pembelajaran dan autisma, dengan menyediakan bengkel terlindung, latihan kendiri dan kemahiran vokasional.

Yayasan Arisma juga menyediakan biasiswa untuk keluarga remaja austistik yang kurang berkemampuan. ARISMA juga sebuah NGO-i Fisabilillah di bawah MAIS dan Lembaga Zakat Selangor(LZS) dengan jihad meningkatkan kesedaran, pendidikan dan dakwah OKU negara amnya.

Mengapa ARISMA Ditubuhkan?

01

Sheltered Workshop

Menyediakan Bengkel Terlindung “Sheltered Workshop” untuk remaja Autisma yang tidak berkemampuan untuk bekerja di luar;
02

Peluang Pekerjaan

Mengendalikan program “center-to-workplace” yang bertujuan untuk mencari peluang pekerjaan yang bersesuaian untuk remaja Autisma
03

Latihan

Melatih bakal majikan dan rakan sekerja yang terlibat dengan program
04

Skill Vokasional

Menyediakan remaja Autisma dengan kemahiran vokasional; bercucuk tanam, menternak binatang, membuat roti dan pastri, kerja-kerja katering, kerja-kerja dobi, kerja-kerja pengendalian kaunter
05

Kendiri

Memperkasakan remaja Autisma dengan kemahiran kendiri; kemahiran mengurus diri, kemahiran berinteraksi dengan persekitaran sekeliling, dan kemahiran sosial berteraskan Islam
06

Khidmat Nasihat

Menyediakan ruang dan peluang kepada remaja Autisma untuk menjalani latihan kemahiran vokasional dan mendapat khidmat nasihat daripada kakitangan yang benar-benar mempunyai kepakaran dalam bidang pemulihan OKU
07

Pusat Penyelidikan

Menjadi pusat penyelidikan untuk program latihan remaja Autisma melalui kerjasama tenaga akademik Permata Kurnia
08

Modul

Menghasilkan modul kemahiran kendiri dan kemahiran vokasional untuk memenuhi keperluan remaja Autisma
09

Projek Rintis

Menjadi projek rintis yang dapat meningkatkan kesedaran, sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab masyarakat umum tentang keperluan latihan vokasional untuk remaja Autisma